Kelas Mahir Baiki Gadget Dan Kelas Mahir Jahit

18 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 17 November 2025, telah diadakan Kelas Mahir Baiki Gadget dan Mahir Jahit bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi kelas bermula dari jam 9:30 pagi hingga 11:00 pagi.

Kelas mahir ini dijalankan secara atas talian. Peserta mahir perlu hadir ke NADI dan log masuk ke dalam sistem MTS Mahir dan memilih course masing-masing. Peserta boleh mendapatkan modul pembelajaran melalui sistem MTS. Setelah selesai kelas peserta perlu menanda kehadiran dalam sistem MTS. Peserta perlu menyiapkan tugasan yang diberikan oleh cikgu mahir dan menghantar tugasan tersebut ke dalam sistem MTS sebelum tarikh tamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali